Glitter Text Maker

Tuesday, August 9, 2011

ayam kicap pedas- hidangan untuk 5-6 org

okay.. mari kita cuba ayam kicap pedas. resepi simple tapi sedap. rasa cam paprik sket tapi lebih pekat. Mr Hubby suka.. so oklah.. heheh 

bahan-bahannya ialah :

1/2 ekor ayam (telah diperap dgn garam dan kunyit)
sedikit sayur-sayuran - tomato dan lobak merah ikut suka nak berapa

bahan-bahan rencah :
cili giling / cili kering (ikut nak pedas mcmana)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai dititik

bahan sos :
kicap Mudim (saya guna kicap dr utara yg sedap giler tuh -takde kat KL hehehe)
sedikit sos tiram
satu kiub pati ayam maggi ke knorr ke ikutla
air asam jawa 
gula
garam

cara2nya ialah :
1. panaskan mintak dan goreng ayam dahulu yang telah diperap dgn garam kunyit. ketepikan
2. tumis bahan2 rencah yg telah diblend/dihiris halus
3. masukkan cili dan goreng sampai garing
4. masukkan kicap, sos tiram, dan air asam jawa
5. masukkan kiub pati ayam, perasakan dgn gula dan garam serta masukkan sedikit air jika mahu berkuah.
6. masukkan ayam. dan masak hingga mendidih
7. hidang + makan

1 comment:

Anonymous said...

I just added your website on my blogroll. Really enjoyed reading through. Excellent information!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...