Wednesday, August 24, 2011

rujukan sembahyang raya


Cara mengerjakannya:

Sebelum menunaikan solat hari raya kita disunatkan mandi Hari Raya:

Lafaz Niatnya:

نويت الغسل لعيد الفطر/لعيدالاضحى/ سنة لله تعلى

NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI / I’DIL ADHA /SUNNATALLILAHI TAA’LA

“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitrah/ hari raya adha (korban) kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

1.         Lafaz Niat Solat Hari Raya Aidilfitri :

أُصَّلِي سُنَّةَ لِعيدِ الْفِطْرِ/لعيدالاضحى/ رَكْعَتَيْنِ أدأً مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى . الله اكبر

USSALLI SUNNATA LII’DIL FITRI /LI I’DIL ADHA/ RAKA’TAINI ADAAN MA’MUMAN LILLAHI TAA’LA. ALLAHU AKBAR.

“Sahaja aku sembahyang sunat i’dil fitri/hari raya adha (korban) dua rakaat maa’ mum kerana Allah Taa’la”

2.         Pada rakaat pertama :-

i)                    Baca doa Iftitah

ii)                  Bertakbir tujuh kali

iii)                diselangi dengan  Tasbih sebanyak enam kali:

Bacaannya:

سبحان الله والحمد الله ولآ إله إلا الله والله اكبر

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR

“ Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar”

iv)                Baca Surah Al Fatihah, Surah Al Qaf, atau Surah Al- Aa’la

3. Pada Rakaat Kedua :-

i)        Takbir Lima Kali

ii)      Diselangi dengan tasbih sebanyak empat kali :-

سبحان الله والحمد الله ولآ إله إلا الله والله اكبر

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR

“ Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar”

iii)    Baca Surah Al Fatihah, surah Al Ghasiyah



pastu jgn lupa dgr khutbah (selepas solat tau, bukan sebelum!!!)

cuti raya

okay... saya rasa esok entah saya sempat update atau tidak blog memandangkan saya akan balik kampung terus insyaAllah hari Jumaat petang. so apa2 hal pun saya ucapkan selamat menyambut lebaran pd semua umat Islam dan selamat balik kampung. drive elok2. pesan mak saya, singgah rumah mentua, salam dia. so itu yg saya akan buat sebelum balik kampung. yelah tahun ni lain sket semangat tu maklumlah turn kita tahun nieh... heheheheh takde dilema balik mana tahun ni kerana so far Mr Hubby mmg memahami. hari ni pun takde apa yg menarik berlaku so takde update. malam ni start mengemas dah dan esok pergi uruskan apa yg patut. peti sejuk dah dikosongkan. heheh beras pun dah dihabiskan. lauk pauk mentah sumer dah dimasak. (mmg semangat sungguh nak balik ni!) biskut raya yg dekat 12 jenis tu plus kerepek mcm2 ada tu sumer dah masuk kotak. malam ni packing kain baju dan brg2 yg diorder oleh family di kelantan untuk dibeli di KL. wahhhhh byknya barang ek... yesssssssss....hmmm kalau sempat saya update dr KB. tapi rasanya seminggu jugaklah nanti tak bukak blog nieh. apa2 pun.... salam syawal dr saya in advance. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...