Wednesday, April 14, 2010

kadangkala kita tidak tahu tahap sabar kita

hmmm.... skrg ni aku rasa stressed dengan pelbagai masalah. mungkin itu yang mendorong aku menulis post nieh. kadangkala kita tidak tahu tahap sabar yang ada pada diri kita. sehinggalah kita mengalami pelbagai ujian dari Allah. rupa-rupanya sabar kita sudah mencapai tahap supernova, dan kita sentiasa ingat bahawa Allah tidak akan menguji hambanya jika Dia tahu hambanya tidak mampu mengatasi masalah yang dihadapi. kadangkala di waktu-waktu inilah iman kita mudah tercabar. kita mudah mempersoalkan apa yang terjadi. risau di hati takut itu akan menjadikan kita murtad kerana tidak percayakan Qada dan Qadar. Ya Allah, kau kuatkanlah hati hambamu. mungkin ini balasan dosa dosa yang kita lakukan. Allah sayangkan hambanya. ini kita akan sedar kadangkala kita ingatkan diri kita sudah jauh, rupa rupanya masih ada cahaya di sebalik segala yang terjadi ini. untuk melaluinya, kita akan rasa bende bende ini amatlah mustahil. tapi lama kelamaan percayalah, segalanya akan bertambah baik. namun kita kena melaluinya, bukan melarikan diri darinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...