Glitter Text Maker

Friday, July 29, 2011

review : clear shampoo and 2 products from bodyshop


hmmm hari ni nak buat review pasal shampoo nieh... yupp... clear anti-dandruff shampoo- hairfall defense. saya dah banyak cuba shampoo yang tak nak bagi rambut gugur. so far this is the best! satisfied jugak la dengan shampoo ni. ok meh citer sket... dulu aku wat rebonding.. tu yang resultnya boleh dilihat setelah beberapa tahun rambutku mengalami masalah keguguran. pastu cuba mcm2 gak la. dah la aku ni bukan rajin sgt shampoo rambut. pastu kulit kepala berminyak.. rasanya somewhere last year kot, aku try la shampoo clear nie sebab nampak mcm boleh pelbagai guna. tak nak dandruff boleh, dan masa tu beli yang untuk oily scalp. well... dia punya shampoo yg oily scalp tu rasa mcm mint.. pudina sebnyk2 nya rasa kat kepala tapi at the same time rasa agak pedih di bahagian bawah mata (dekat ngan pipi tu kan kulit lembut sket).. so try la jugak pakai.. tapi tak leh jadi nieh. asyik pedih jek.. so aku pun belilah yg hairfall control. 1. sebab bau dia best lagi dr yg oily scalp dan 2. nak tgk hilang tak complain laki aku pasal rambut2 ku yg gugur. result dia baguslah.. lebih 6 bulan jugak la pakai baru aku berani cakap. aku dah beli 3 botol shampoo ni dan rasanya buat masa skrg tak nak tukar lah. so basically, it's a really good product

next i think worth buying is eau de toilette japanese blossom dari Bodyshop. bau dia mmg menarik. setiap hari nak pakai bolehlah. tapi bau dia takdelah tahan lama sangat but dlm 6 jam tu insyaallah ada. produk ni mmg bagus sebab satu warna dia clear bukan kekuning kuningan mcm sesetengah perfume yg akhirnya melekat kat baju. pastu lama gak tahan. aku beli botol ni dah lama dan tiap2 hari pakai. so far dah dekat setahun tak habis2 lagi. berbaloi kan? 

dan satu lagi produk Bodyshop yang best ialah peppermint foot scrub ni. bau dia mmg cam ubat gigi sebab bau pudina yg kuat (nak hilangkan bau kaki kot....heheh) kemudian dia punya isi mcm body salt. hah ni rupa dia bila bukak 

aku biasanya ambik bende ni tenyeh kat kaki dan scrub... tak yah guna bende yg nak gonyoh kaki tu buat sakit jek... hehehe scrub depan belakang semua la.. dan result dia bagus. daki semua kuar, kulit kaki jadik lembut dan bagus untuk buang sel-sel kulit mati tu. jadik bersih. hmmm tahan lama jugak sebab setiap kali ambik tu dlm satu camca besar jek saiz dia. gonyoh pakai air sket dia boleh mcm exfoliate dan tak perlu nak pakai byk2. cubalah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...