Sunday, July 31, 2011

shopping di KLCC - haul and first impression

ok. so nak posa ni keluar ke KLCC dulu. kuar pagi2 sebab tahu cnfirm ramai org nak bershopping. kang time posa diorg ni dah tak larat nak kuar shopping.. sibuk shopping kat bazar ramadhan.. hmm so hari ni pegi merayau area KLCC. beberapa brg penjagaan diri aku beli.mula2 pegi sephora. pegi sana dulu sebab excited kan sephora dah ada di Malaysia. round punya round.. fikir punya fikir. aku berkenan brushes dia sbnrnya. well bukanlah brushes sephora tapi brushes MUFE (make up forever professional) tapi bila fikir harganya mak aii... hmmm tunggu ada budget lebih dululah.. walaupun ada la dekat 10 kali meraba brush tu .. soft giler berus dia!so apa yg aku beli... 


ok. ini adalah face primer jenama sephora. aku compare kan dgn loreal yg transparent biasa aku guna tu harganya dah 50++ tapi tiubnya kecil. yg ni harga RM69. dan tiubnya besar, kaler transparent dan mattifying (anti-shine). aku kena carik yg tak nak nampak muka oily lagi bersinar so aku rasa this is a pretty good deal.

sephora claims :  

What it does:
Sephora Brand "Tricks of the Trade" Anti-Shine Primer preps skin to expertly hold foundation and mattifies skin for up to eight hours, controlling and balancing sebum production. It guarantees that your makeup stays fresh and color-true.What else you need to know:It's suitable for both combination and oily skin types.

 we'll see... kalau aku dah guna lebih 3 bulan aku akan buat review of the product. ok?


next, aku beli sabun. this mini cube. comel kan? mcm coklat. ada pelbagai kaler, pelbagai bau. ini bau dia sweet dan best sket la. yg lain tu hmmm takpelah ye... kuat dan musky. tak best. harga? RM5 

pastu aku beli lak primer paling femes nieh.


iyupp.. two faced shadow insurance.. harga dlm RM69. nak tengok keberkesanannya? akan direviewkan kemudian. antara sebab pegi sephora sebab nak primer2 dia yg famous lah heheheh...

then, aku jalan-jalan carik makan kat nandos.dekat ngan nandos tu kan ada camelion(betul ke spelling nih) aku borong barangan rambut. getah ikat yg cun2 sket pastu stok sponge makeup. 


tak nampak sgt kat sini. ada 5 bende tu yg len kaler hitam sebab tu tak nampak. comel tak getah ikat rambut rupa rabbit pink tuh>>>>> :)



alamak, blur pulak gambar. terlebih flash

then, aku pegi memborong plak kat marks and spencer. takde apa nak beli kecuali aku beli gel mandian. harga rm24. agaknya antara yg termurah kat situ. time beratur kat kaunter, org depan aku semua beli 500rm la 600rm la.. aku 24rm...siap bagik duit syiling 4rm hehehe... nak kurangkan berat beg.


gel mandian china blue ni bau dia best. tak reti nak describe. yg lavender ke rose ke kureng bagi aku. yang ni kalau pakai rasanya bau dia tahan lama kat badan dan mcm campuran beberapa jenis bunga. 

marks and spencer claims :

This lightly scented foaming bath essence will gently cleanse whilst leaving your skin feeling soft and smooth. Rose, precious jasmine, exotic ylang ylang and the freshness of aromatic geranium evoke the scent of clean, fresh linen

yelah kot.

last but not least aku pegi ke watson. hahhhh kat sini aku happy sebab jumpa lipstick yg aku nak jenama simply siti. lipstick bisikan asmara. kaler purple pucat. boleh pakai untuk smokey eye gelap.. rasanya lipstick siti ni kaler dia mmg kuat la jugak pigmentation dia. tapi belum try lagi tatau la... eyeshadow dia tak suka. byk fall out. kalau tak pakai bedak bawah mata, confirm dah tertinggal kesan kat pipi. so... bad bad eyeshadow. lipstick ni aku tatau la...


cantik kan warna dia? yg tak bestnya, bukak je kotak, aku dapati dia punya bahagian pulas tu tak diketatkan dan aku kena ketatkan sendiri. laaaaaaaaaaa... payah tul la .. harap Dato' Siti jaga produk dia. kalau asyik problem jek mcmana. tapi sebab warna dia lawa, aku tutup sebelah mata je dulu.. review kemudian la ekkk...




ok.. yg ni aku beli di watson. tatau la kenapa suka benar beli sabun aku nieh. yg ni suka sebab botol dia transparent. mcm classy sket. bau dia.. hmmmmmmm ada satu kedai teddy bear tu yg bila kita lalu jek, bau wangi kuat menusuk hidung tu. tak ingat la namanya. bau dia sebijik cenggitu. bau rose. tapi wangi giler. suka.. harga mahal sket. RM18-19.

on the way balik, aku singgah ampang park dan beli di guardian


best la bende nieh. facial cotton yg bagus. siap ada offer. beli 3 kotak percuma 1. harga dlm RM10 jek.. hmmm.. good buy. 

yay!!!esok puasa

maka dengan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat sekalian. diharap ibadah puasa kita semua diberkati Allah Taala... happy fasting!!jgn berbelanja over time berbuka... bazar ramadhan tak semestinya sedap baik masak sendiri! huhuhu

Saturday, July 30, 2011

it's been 5 years

iyuuupp... dah 5 tahun aku blogging.. tapi tak selalu lah.. kalau ada mood setiap hari kalau takde mood berbulan pun aku hilang hehehe... it depends on my workload, internet bills and more excuses that i can come up with-lah!! hhehe... bila tengok balik date the first blog entry tu somewhere in 2007, i was like... mcmana lak aku boleh into blogging ni. then the interest for posting youtube videos came. masukkan a few vids tapi pastu delete balik.. iskkk cam memalukan jek.. might as well, stick to blogging je la.. so lately aku rajin semula nak blogging. and even changed a few things- my template design, the widgets and the labels. masih tak reti buat power punya menubar tapi bolehlah.. now it seems more organized. bila tengok balik, masih tak tukar nickname blog nieh - keklapiscoklat- and even the pic pun aku tak tukar. biarlah begitu. so far masih nak kekalkan la. ada org tanya kenapa keklapiscoklat? - it used to be choclayeredcake-. actually keklapiscoklat tu nickname masa tengah giler chatting dulu. ala zaman2 icq la, kampung chat la apa la... tu oiiihh.. time tu terer tukar2 server tu.. tiap2 malam lepak cyber kat shah alam dulu time study dgn kengkawan. hehehe lama2 bila dah biasa ngan nickname keklapis, bukak la blog pun nama keklapis. hehehe .. one thing for sure, dulu kawan2 tak follow pun blog aku nieh. yg peliknya kan, tak ramai follow walaupun view byk. tapi tak byk la jugak. maybe aku tak interesting mana pun.. oklah.. hopefully blog aku ni bertahan sampai 10 thn ke heheh,,, mana tahu.... chowwwwwwwwwwww

cendawan goreng simple

hari ni masak simple jek. cendawan ada. ikan pun ada. so masakla ikan taucu dan cendawan goreng simple.. resipi ikan lain kali saya uploadkan.. dan resipi cendawan ni diambil dari ayang di http://www.myresipi.com/top/detail/261 sebijik2 tiru sebab tu tak yah la masukkan gambar ye... resipi klik je kat situ. lagipun gambar hasil masakan ku itu tak dpt diupload sebab camera mr hubby bawak pegi kem... makan ngan nasik panas2 perghhhh

Friday, July 29, 2011

review : clear shampoo and 2 products from bodyshop


hmmm hari ni nak buat review pasal shampoo nieh... yupp... clear anti-dandruff shampoo- hairfall defense. saya dah banyak cuba shampoo yang tak nak bagi rambut gugur. so far this is the best! satisfied jugak la dengan shampoo ni. ok meh citer sket... dulu aku wat rebonding.. tu yang resultnya boleh dilihat setelah beberapa tahun rambutku mengalami masalah keguguran. pastu cuba mcm2 gak la. dah la aku ni bukan rajin sgt shampoo rambut. pastu kulit kepala berminyak.. rasanya somewhere last year kot, aku try la shampoo clear nie sebab nampak mcm boleh pelbagai guna. tak nak dandruff boleh, dan masa tu beli yang untuk oily scalp. well... dia punya shampoo yg oily scalp tu rasa mcm mint.. pudina sebnyk2 nya rasa kat kepala tapi at the same time rasa agak pedih di bahagian bawah mata (dekat ngan pipi tu kan kulit lembut sket).. so try la jugak pakai.. tapi tak leh jadi nieh. asyik pedih jek.. so aku pun belilah yg hairfall control. 1. sebab bau dia best lagi dr yg oily scalp dan 2. nak tgk hilang tak complain laki aku pasal rambut2 ku yg gugur. result dia baguslah.. lebih 6 bulan jugak la pakai baru aku berani cakap. aku dah beli 3 botol shampoo ni dan rasanya buat masa skrg tak nak tukar lah. so basically, it's a really good product

next i think worth buying is eau de toilette japanese blossom dari Bodyshop. bau dia mmg menarik. setiap hari nak pakai bolehlah. tapi bau dia takdelah tahan lama sangat but dlm 6 jam tu insyaallah ada. produk ni mmg bagus sebab satu warna dia clear bukan kekuning kuningan mcm sesetengah perfume yg akhirnya melekat kat baju. pastu lama gak tahan. aku beli botol ni dah lama dan tiap2 hari pakai. so far dah dekat setahun tak habis2 lagi. berbaloi kan? 

dan satu lagi produk Bodyshop yang best ialah peppermint foot scrub ni. bau dia mmg cam ubat gigi sebab bau pudina yg kuat (nak hilangkan bau kaki kot....heheh) kemudian dia punya isi mcm body salt. hah ni rupa dia bila bukak 

aku biasanya ambik bende ni tenyeh kat kaki dan scrub... tak yah guna bende yg nak gonyoh kaki tu buat sakit jek... hehehe scrub depan belakang semua la.. dan result dia bagus. daki semua kuar, kulit kaki jadik lembut dan bagus untuk buang sel-sel kulit mati tu. jadik bersih. hmmm tahan lama jugak sebab setiap kali ambik tu dlm satu camca besar jek saiz dia. gonyoh pakai air sket dia boleh mcm exfoliate dan tak perlu nak pakai byk2. cubalah!

Wednesday, July 27, 2011

sabunnnn di bilik mandi sabunnnnn...




nampak gambar di atas? menatang apakah itu???????????? hehehe that's LUSH. produk dr USA atau UK not sure mana tapi itulah dia pelbagai warna sabun. yupp sabun dan pelbagai lagi produk penjagaan kecantikan dan badan. yang banyak kat atas tu berbuku2 tu sabun la..byk jenis, bau dan yang menariknya diorg ada siap bathbombs.. bende yang letak jek dlm air dia akan tukarkan air mandian dalam tub tu mcm2 kaler dan juga siap ada bau. best pe. bende nih femes oversea tapi kat mesia takde. so kebetulan my aunt yg dok kat Australia tu nak balik.. apa lagi? bila ditanya dekat tak dgn tempat dia lush shop tuh, dia kata dekat. tanpa melengahkan masa, aku pun mulalah order... huhuhu tak leh banyak. sebab satu, kesian dia kena ngangkut. 2. mahal gak bendenya. 3. tak nak membazir.. so aku order sabun rockstar, honey i washed the kids, porridge, godiva solid shampoo dan comforter bubble bar. heheheh tak sabor...

Tuesday, July 26, 2011

lamanya tak blogging

lama tul tak blogging... ntah kenapa hilang interest jap... maybe sebab lebih sibuk ngan fb. well. akan mula blogging semula.. dan inilah yg berlaku lately dlm hidupku


sibuk handle pertandingan nyanyian


sibuk mengajar


sibuk bawak budak pi tengok show teater dan tarian


sibuk jadik emcee/ pengacara majlis


sibuk makan eskem.. hehee  ni kat kem dan skrg pun dok menjadi agent eskem gak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...