Glitter Text Maker

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, August 22, 2011

lala goreng tumis


bahan2nya ialah :
lala (ikut suka hati)

bahan tumis :
bawang merah dimayang
bawang putih dimayang
halia dimayang
cili dipotong halus
serai banyak sket dan mayang halus

aksesori :
kucai
sos tiram

cara2nya ialah :
tumis semua bahan yg dimayang
masukkan sos tiram, kucai dan sedikit air
masukkan lala
tutupkan sehingga lala tu tuko kaler
jika suka masukkan air sikit lagi
kacau sehingga masak
leh la hidang 

senang kan? rasa dia sedap. saya suka letak halia dan serai lebih2.. bagik kuar angin selepas sehari berpuasa heheheh

Tuesday, August 9, 2011

ayam kicap pedas- hidangan untuk 5-6 org

okay.. mari kita cuba ayam kicap pedas. resepi simple tapi sedap. rasa cam paprik sket tapi lebih pekat. Mr Hubby suka.. so oklah.. heheh 

bahan-bahannya ialah :

1/2 ekor ayam (telah diperap dgn garam dan kunyit)
sedikit sayur-sayuran - tomato dan lobak merah ikut suka nak berapa

bahan-bahan rencah :
cili giling / cili kering (ikut nak pedas mcmana)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai dititik

bahan sos :
kicap Mudim (saya guna kicap dr utara yg sedap giler tuh -takde kat KL hehehe)
sedikit sos tiram
satu kiub pati ayam maggi ke knorr ke ikutla
air asam jawa 
gula
garam

cara2nya ialah :
1. panaskan mintak dan goreng ayam dahulu yang telah diperap dgn garam kunyit. ketepikan
2. tumis bahan2 rencah yg telah diblend/dihiris halus
3. masukkan cili dan goreng sampai garing
4. masukkan kicap, sos tiram, dan air asam jawa
5. masukkan kiub pati ayam, perasakan dgn gula dan garam serta masukkan sedikit air jika mahu berkuah.
6. masukkan ayam. dan masak hingga mendidih
7. hidang + makan

Saturday, July 30, 2011

cendawan goreng simple

hari ni masak simple jek. cendawan ada. ikan pun ada. so masakla ikan taucu dan cendawan goreng simple.. resipi ikan lain kali saya uploadkan.. dan resipi cendawan ni diambil dari ayang di http://www.myresipi.com/top/detail/261 sebijik2 tiru sebab tu tak yah la masukkan gambar ye... resipi klik je kat situ. lagipun gambar hasil masakan ku itu tak dpt diupload sebab camera mr hubby bawak pegi kem... makan ngan nasik panas2 perghhhh

Tuesday, April 27, 2010

Rendang hijau daging dan kacang panjang

rendang hidanganku di hari ini-hadiah buat suami tersayang

bahan-bahannya :
1/4 kg daging 
5 batang kacang panjang
semangkuk santan
kerisik
bunga lawang
kulit kayu manis
asam keping
nise (gula org kelantan) atau gula 
daun kunyit (hiris halus-jgn halus sgt kang jadik bunga rampai lak)

bahan kisar :
2 cili hijau
cili padi hijau ikut suka berapa nak
sedikit kunyit
seinci halia
seinci lengkuas
5 ulas bawang merah
serai
sedikit ketumbar
sedikit jintan manis

cara-caranya ialah :
tumis bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang hingga garing
masukkan daging
gaul dan masak hingga sebati
masukkan sedikit air dan masak lagi hingga daging empuk
masukkan kacang panjang, santan dan kerisik
kacau hingga tangan lenguh hehehe.....
campak lak asam keping
pastuh kacau sampai ikut suka lah nak pekat mana kuahnya-kering ke atau sedikit berkuah
masukkan daun kunyit yang dihiris tu, kacau lagi dan lagi.. hehhe
perasakan dengan garam dan nise atau gula

tips : nak best lagi sangai (goreng tanpa minyak) dulu ketumbar dan jintan tuh. santan kalau boleh bahagi dua, pekat dan cair. masukkan yang cair dulu bila dah agak mendidih masukkan pula yang pekat. pastuh kalau daging tu nak diperap dulu separuh dengan bahan kisar pun boleh.. pepandai lah ye.. saya stok malas nyer.. hehe. semoga menjadik!!!

Monday, April 26, 2010

lauk apa hari ini?

am not that good at cooking. mmg langsung tak pandai. tak biasa di dapur. tapi ni antara masakan for dinner hari ni. kebetulan lak dpt beli ketam semlm. apa lagik, goreng tempe, buat sambal tempoyak kacau dan masak lauk gulai lemak cilipadi ketam. lauk ni sedap dimakan depan tv. taking own sweet time ratah ketam. best ooo.... saya kureng sket makan bende pelik2 cam ketam ke ikan terubuk ke kat kedai. sebab rasa tak selesa takleh buat aksi aksi ganas time makan dan tak puas rasanya. tapi kalau kat rumah tu, heheheheh mcm2 aksi muka leh nampak. pendek kata kalau dpt gambo candid, adoiiiii malunya aii.. tapi best dan nikmat. MR HUBBY siap cicah ngan roti gulai lemak nieh. alhamdulillah la dia suka. tak sia sia masak. eheheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...