baru2 ni pergi ke central market (CM) yang dah berkurun tak pergi. saja bawak bebudak lepas training untuk kenal CM.. diorg tak kenal CM dah skrg bebudak nih! konon nak pegi carik kerincing nak wat show bulan lima nieh. tapi harga kerincing naik giller sampai 60rm satu. baik saya ubah koreography dan pakai prop yg lebih murah. tak balik modal! anyway lepas dah jalan jalan, saya bawak la bebudak ni ke sebelah tempat org seniman seniman jalanan membuat persembahan. dulu suka sgt pergi situ. anda akan lihat keikhlasan berkarya dan keindahan sesuatu seni itu. hari itu, cuma ada seorang je seniman jalanan disitu, memperjudikan nasib menghiburkan pengunjung di situ. tiada seorang pun yang memberi duit ke apa ke. tapi masih ramai yang berhenti mendengar. dengan stail seniman jalanan (ala ala kopratasa punya hairstyle) yng begitu sinonim dengan kehidupan di zaman 80-an, selekeh juga lah penampilannya. tetapi bila dengar suaranya, fuhhhhhh....... nasib seorg seniman yang mungkin tiada rupa tetapi bakat yang beliau ada, ditambah dengan kebolehan bermain gitar dan harmonika, dan kebolehan menyanyi lagu lagu Inggeris dgn begitu BAIK, kalah juga artis2 yang ada skrg. suaranya merdu husky sket tetapi perghhhhh tak jemu2 mendengar dendangannya. lagu 'Oh Mak Siti, saya sayang anak makcik' turut dinyanyikan dengan melodi yang diubahsuai. lebih moden. tapi sedap didengar. pendek kata kalau setakat masuk AF mmg pulun habis (jika kita tutup mata dan menggunakan deria telinga untuk mendengar). bukanlah buruk tetapi mmg sikap manusia, yang cantik dinilai terlebih dahulu. saya telah mengambil gambar dia tanpa kebenaran namun hari itu cukup mengingatkan saya pd nostalgia seniman seniman jalanan di tahun tahun 1980an