Glitter Text Maker

Sunday, July 31, 2011

shopping di KLCC - haul and first impression

ok. so nak posa ni keluar ke KLCC dulu. kuar pagi2 sebab tahu cnfirm ramai org nak bershopping. kang time posa diorg ni dah tak larat nak kuar shopping.. sibuk shopping kat bazar ramadhan.. hmm so hari ni pegi merayau area KLCC. beberapa brg penjagaan diri aku beli.mula2 pegi sephora. pegi sana dulu sebab excited kan sephora dah ada di Malaysia. round punya round.. fikir punya fikir. aku berkenan brushes dia sbnrnya. well bukanlah brushes sephora tapi brushes MUFE (make up forever professional) tapi bila fikir harganya mak aii... hmmm tunggu ada budget lebih dululah.. walaupun ada la dekat 10 kali meraba brush tu .. soft giler berus dia!so apa yg aku beli... 


ok. ini adalah face primer jenama sephora. aku compare kan dgn loreal yg transparent biasa aku guna tu harganya dah 50++ tapi tiubnya kecil. yg ni harga RM69. dan tiubnya besar, kaler transparent dan mattifying (anti-shine). aku kena carik yg tak nak nampak muka oily lagi bersinar so aku rasa this is a pretty good deal.

sephora claims :  

What it does:
Sephora Brand "Tricks of the Trade" Anti-Shine Primer preps skin to expertly hold foundation and mattifies skin for up to eight hours, controlling and balancing sebum production. It guarantees that your makeup stays fresh and color-true.What else you need to know:It's suitable for both combination and oily skin types.

 we'll see... kalau aku dah guna lebih 3 bulan aku akan buat review of the product. ok?


next, aku beli sabun. this mini cube. comel kan? mcm coklat. ada pelbagai kaler, pelbagai bau. ini bau dia sweet dan best sket la. yg lain tu hmmm takpelah ye... kuat dan musky. tak best. harga? RM5 

pastu aku beli lak primer paling femes nieh.


iyupp.. two faced shadow insurance.. harga dlm RM69. nak tengok keberkesanannya? akan direviewkan kemudian. antara sebab pegi sephora sebab nak primer2 dia yg famous lah heheheh...

then, aku jalan-jalan carik makan kat nandos.dekat ngan nandos tu kan ada camelion(betul ke spelling nih) aku borong barangan rambut. getah ikat yg cun2 sket pastu stok sponge makeup. 


tak nampak sgt kat sini. ada 5 bende tu yg len kaler hitam sebab tu tak nampak. comel tak getah ikat rambut rupa rabbit pink tuh>>>>> :)



alamak, blur pulak gambar. terlebih flash

then, aku pegi memborong plak kat marks and spencer. takde apa nak beli kecuali aku beli gel mandian. harga rm24. agaknya antara yg termurah kat situ. time beratur kat kaunter, org depan aku semua beli 500rm la 600rm la.. aku 24rm...siap bagik duit syiling 4rm hehehe... nak kurangkan berat beg.


gel mandian china blue ni bau dia best. tak reti nak describe. yg lavender ke rose ke kureng bagi aku. yang ni kalau pakai rasanya bau dia tahan lama kat badan dan mcm campuran beberapa jenis bunga. 

marks and spencer claims :

This lightly scented foaming bath essence will gently cleanse whilst leaving your skin feeling soft and smooth. Rose, precious jasmine, exotic ylang ylang and the freshness of aromatic geranium evoke the scent of clean, fresh linen

yelah kot.

last but not least aku pegi ke watson. hahhhh kat sini aku happy sebab jumpa lipstick yg aku nak jenama simply siti. lipstick bisikan asmara. kaler purple pucat. boleh pakai untuk smokey eye gelap.. rasanya lipstick siti ni kaler dia mmg kuat la jugak pigmentation dia. tapi belum try lagi tatau la... eyeshadow dia tak suka. byk fall out. kalau tak pakai bedak bawah mata, confirm dah tertinggal kesan kat pipi. so... bad bad eyeshadow. lipstick ni aku tatau la...


cantik kan warna dia? yg tak bestnya, bukak je kotak, aku dapati dia punya bahagian pulas tu tak diketatkan dan aku kena ketatkan sendiri. laaaaaaaaaaa... payah tul la .. harap Dato' Siti jaga produk dia. kalau asyik problem jek mcmana. tapi sebab warna dia lawa, aku tutup sebelah mata je dulu.. review kemudian la ekkk...




ok.. yg ni aku beli di watson. tatau la kenapa suka benar beli sabun aku nieh. yg ni suka sebab botol dia transparent. mcm classy sket. bau dia.. hmmmmmmm ada satu kedai teddy bear tu yg bila kita lalu jek, bau wangi kuat menusuk hidung tu. tak ingat la namanya. bau dia sebijik cenggitu. bau rose. tapi wangi giler. suka.. harga mahal sket. RM18-19.

on the way balik, aku singgah ampang park dan beli di guardian


best la bende nieh. facial cotton yg bagus. siap ada offer. beli 3 kotak percuma 1. harga dlm RM10 jek.. hmmm.. good buy. 

yay!!!esok puasa

maka dengan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat sekalian. diharap ibadah puasa kita semua diberkati Allah Taala... happy fasting!!jgn berbelanja over time berbuka... bazar ramadhan tak semestinya sedap baik masak sendiri! huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...