Glitter Text Maker

Wednesday, August 24, 2011

rujukan sembahyang raya


Cara mengerjakannya:

Sebelum menunaikan solat hari raya kita disunatkan mandi Hari Raya:

Lafaz Niatnya:

نويت الغسل لعيد الفطر/لعيدالاضحى/ سنة لله تعلى

NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI / I’DIL ADHA /SUNNATALLILAHI TAA’LA

“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitrah/ hari raya adha (korban) kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

1.         Lafaz Niat Solat Hari Raya Aidilfitri :

أُصَّلِي سُنَّةَ لِعيدِ الْفِطْرِ/لعيدالاضحى/ رَكْعَتَيْنِ أدأً مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى . الله اكبر

USSALLI SUNNATA LII’DIL FITRI /LI I’DIL ADHA/ RAKA’TAINI ADAAN MA’MUMAN LILLAHI TAA’LA. ALLAHU AKBAR.

“Sahaja aku sembahyang sunat i’dil fitri/hari raya adha (korban) dua rakaat maa’ mum kerana Allah Taa’la”

2.         Pada rakaat pertama :-

i)                    Baca doa Iftitah

ii)                  Bertakbir tujuh kali

iii)                diselangi dengan  Tasbih sebanyak enam kali:

Bacaannya:

سبحان الله والحمد الله ولآ إله إلا الله والله اكبر

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR

“ Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar”

iv)                Baca Surah Al Fatihah, Surah Al Qaf, atau Surah Al- Aa’la

3. Pada Rakaat Kedua :-

i)        Takbir Lima Kali

ii)      Diselangi dengan tasbih sebanyak empat kali :-

سبحان الله والحمد الله ولآ إله إلا الله والله اكبر

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR

“ Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar”

iii)    Baca Surah Al Fatihah, surah Al Ghasiyah



pastu jgn lupa dgr khutbah (selepas solat tau, bukan sebelum!!!)

cuti raya

okay... saya rasa esok entah saya sempat update atau tidak blog memandangkan saya akan balik kampung terus insyaAllah hari Jumaat petang. so apa2 hal pun saya ucapkan selamat menyambut lebaran pd semua umat Islam dan selamat balik kampung. drive elok2. pesan mak saya, singgah rumah mentua, salam dia. so itu yg saya akan buat sebelum balik kampung. yelah tahun ni lain sket semangat tu maklumlah turn kita tahun nieh... heheheheh takde dilema balik mana tahun ni kerana so far Mr Hubby mmg memahami. hari ni pun takde apa yg menarik berlaku so takde update. malam ni start mengemas dah dan esok pergi uruskan apa yg patut. peti sejuk dah dikosongkan. heheh beras pun dah dihabiskan. lauk pauk mentah sumer dah dimasak. (mmg semangat sungguh nak balik ni!) biskut raya yg dekat 12 jenis tu plus kerepek mcm2 ada tu sumer dah masuk kotak. malam ni packing kain baju dan brg2 yg diorder oleh family di kelantan untuk dibeli di KL. wahhhhh byknya barang ek... yesssssssss....hmmm kalau sempat saya update dr KB. tapi rasanya seminggu jugaklah nanti tak bukak blog nieh. apa2 pun.... salam syawal dr saya in advance. 



Monday, August 22, 2011

sekejap jek kita dah nak hampiri syawal

pejam celik pejam celik... dah pun 22 ramadhan.. tinggal lagi beberapa hari. semua skrg sibuk bershopping raya. terawih pun dah ramai yg malas pergi.. hehehe aku sendiri dah dlm mood nak balik kampung. apatah lagi bebudak kecik yg dok sibuk beli mercun kat bazaar ramadhan dll. mula2 mmg terasa lamanya berpuasa neih. tapi kejap jek sbnrnya. apa2 pun masih ada beberapa hari untuk kita beribadah dgn sebaik2nya. sebab kena ingat, habis jek ramadhan setan pun kuar balik. nafsu pun kuat balik. sabar pun makin hilang. sebab tu lah kita dgr org asyik accident, org makan terlebih time raya, org putus tangan men mercun. org jadik marah2 tak tentu hala. org pergi beraya sampai lupa solat dan mcm2 lagi. marilah kita sama2 ingatkan diri kita. aku pun payah gak nak kawal nafsu makan time rayaa nieh.. adoiiii yaaiiiii 

lala goreng tumis


bahan2nya ialah :
lala (ikut suka hati)

bahan tumis :
bawang merah dimayang
bawang putih dimayang
halia dimayang
cili dipotong halus
serai banyak sket dan mayang halus

aksesori :
kucai
sos tiram

cara2nya ialah :
tumis semua bahan yg dimayang
masukkan sos tiram, kucai dan sedikit air
masukkan lala
tutupkan sehingga lala tu tuko kaler
jika suka masukkan air sikit lagi
kacau sehingga masak
leh la hidang 

senang kan? rasa dia sedap. saya suka letak halia dan serai lebih2.. bagik kuar angin selepas sehari berpuasa heheheh

diary beberapa hari

dlm minggu ni rasa sibuk sket menyebabkan kemalasan mengupload berita terkini melanda. nak bukak kamera buat keluar memory card tu satu keje, nak edit pics lagi, adeyhhh... so hari ni br berkesempatan utk berbuat demikian.. ok let's start


jumaat :- ampang point- shopping slippers and sandals untuk adik... last2 beli untuk diri sendiri jugak! comel tak??? hehehehe


sabtu - berbuka di restoran Tarbush Ampang point - menu nasik ayam biri-biriyani ehehe... abah amik kambing beriyani. harga agak mahal... rasanya naik harga kot...


suamiku kelaparannnn


adikku yg poyo


abah 


nasik berbuka ku


kambing beriyani


on the way balik berbuka konon nak pergi Danau kota---ko tengok!!! astaga.... jam giler.. sampai org parking 3 layer... tak kuasa.. dah sampai tapi kitorg blah je bila dah tawaf 2 kali masih tak dpt parking.. jimat duit (kata suamiku dlm hatinya) hehehehhe

Wednesday, August 17, 2011

belian di watsons KLCC

hari ni pegi beli barang dan ada mini haul untuk semua


watson's body polish


makeup sponge in bulk (16-20 keping)


toothbrush hanya rm8 untuk 3 

bersahur di look-out point




saja ambik angin malam, jalan2 di look-out point... makan steamboat dan satay.. oklah. nasib baik tak hujan dan nasib baik dapat meja. ramai juga remaja2 melepak.. huhuhu

Sunday, August 14, 2011

kelas mekap dan project pantry

13 august 2011. sabtu. aku menghadiri kelas makeup untuk memperkuat dan memperkukuhkan lagi skil makeup.. heheh saja seronok2. first makeup class sbnrnya. untuk nak tgk gambar2. silalah ke blog kedua ku http://mekapbyprimadonna.blogspot.com/

14 august 2011. ahad. project pantry. videos kat Youtube semuanya memberi inspirasi untuk aku mengadjustkan dapur aku.. hehehe kan best kalau ada pantry... semangat2 .. lepas tgk videos tu, aku pun mulalah start melabel tupperware2 yg aku buat untuk isi rempah, barang2 makanan dan lain2. ok. so berikut adalah 2 contoh video yg memotivasikan aku. dan gambar2 dibawah tu adalah dapurku and pantry simpanan barang yg sempit yg sudah diorganizekan. hehehe gambar sebelum tak yah la masuk. heheh gambar selepas dimakeoverkan oklah.. ye tak




gambar-gambar makeover pantry aku lalala




tips untuk pantry organization :

1. keluarkan semua barang2 yg ada. sort. kalau dah tamat tarikh luput, buangkan shj. yg mana lambat lagi tarikh luputnya letakkan dlm satu bekas kalau boleh dan labelkan. so tak yah la nak banyak2 plastik mcm2. dpt jaga kebersihan barang makanan lagipun dlm tupperware tu

2. yg mana yg selalu guna letak 'eye level'. maknanya senang nampak dan senang ambil.

3. yg sudah hampir tamat tarikh luput letakkan di tempat paling anda ingat supaya guna yang itu dahulu. 

Tuesday, August 9, 2011

ayam kicap pedas- hidangan untuk 5-6 org

okay.. mari kita cuba ayam kicap pedas. resepi simple tapi sedap. rasa cam paprik sket tapi lebih pekat. Mr Hubby suka.. so oklah.. heheh 

bahan-bahannya ialah :

1/2 ekor ayam (telah diperap dgn garam dan kunyit)
sedikit sayur-sayuran - tomato dan lobak merah ikut suka nak berapa

bahan-bahan rencah :
cili giling / cili kering (ikut nak pedas mcmana)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai dititik

bahan sos :
kicap Mudim (saya guna kicap dr utara yg sedap giler tuh -takde kat KL hehehe)
sedikit sos tiram
satu kiub pati ayam maggi ke knorr ke ikutla
air asam jawa 
gula
garam

cara2nya ialah :
1. panaskan mintak dan goreng ayam dahulu yang telah diperap dgn garam kunyit. ketepikan
2. tumis bahan2 rencah yg telah diblend/dihiris halus
3. masukkan cili dan goreng sampai garing
4. masukkan kicap, sos tiram, dan air asam jawa
5. masukkan kiub pati ayam, perasakan dgn gula dan garam serta masukkan sedikit air jika mahu berkuah.
6. masukkan ayam. dan masak hingga mendidih
7. hidang + makan

my sigma brushes have arrived!!! yeepeee

ok. take a deep breath.. inhale. exhale. yup they are finally in my hands. after a month's waiting.

 i've been wanting these brushes for so long. and now they are here. the last time i checked sigma brushes were pretty unreachable in Malaysia. but now thanx to http://www.lovelyadornment.com/  i can get hold of my mostly wanted brushes ever. the sigma synthetic face brushes. though i ordered the brushes sometime in early July, but Tee Swan (Claire) managed to email me and let me know of the delay. so i guess, if it's worth the wait, i'll wait. after all, it's not easy to get the brushes anyways. and IT IS WORTH THE WAIT.

the brushes arrived when i was busy cooking. ahhaha for my iftar(the breaking of fast). my hubby who was asleep, had to get up (thank you cayang) and took the small parcel from the impatient poslaju guy. the packaging is very secure.. i mean like my brushes did not get damaged in any way.


the first thing that i took out from the parcel is the brochure. here is the brochure, showing the set of synthetic face brushes - yup that worldly famous flat top kabuki brush



the brushes were also kept in this turqoise blue bag


the angle brush and the brush guard - very soft, and dense. seriously... best gilerrr 


yup that's the one that i've been looking for - flat top and brush guard


and also the cute loking -round top kabuki brush and the brush guard


since i've deposited an extra 8RM (because the CIMD CDM couldn't accept 5rm note), lovelyadornment has kindly sent me a free gift


which is the travel-size blending brush.. a dupe for MAC 219- i have MAC's one so i was pretty excited to get the similar blending brush from SIGMA

well.... off to my dressing table now. tata

Monday, August 8, 2011

8.8.2011

8.8.2011 
my birthday
^
^
^
^
best news ever :

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam


^
^
^
^
world history :

1786 - Michel-Gabriel Paccard dan Jacques Balmat menyempurnakan pendakian direkodkan pertama gunung tertinggi di Alp Mont Blanc
^
^
^
^
^
^
^
^
1930 - Betty Boop muncul buat kali pertama dalam kartun animasi sebagai watak Talkartoon oleh Max Fleischer.
^
^
^
^
^
^
^
^
1979 - lahirnya NURUL AINI WAHAB .... ngeh ngeh ngeh



Sunday, August 7, 2011

midnite - 8.8.2011

iyupp.. it's MY BIRTHDAY!!!




bila keklapiscoklat bertemu bazaar ramadhan... hmmm

sebab itulah aku jarang ke bazaar ramadhan. sekali pergi tak sah berbelanja kurang dr 20rm. adoiii menu aku dan keluarga hari ni?


daging masak kicap, kuih karamel dan keropok lekor serta samosa daging untuk kudapan tengok tv lepas terawih


ayam golek best 


pajeri nenas


ada lagi tauhu bakar, gulai asam pedas ayam masakanku, sambal ikan bilis petai dan agar-agar coklat. ini semuanya ditutup sementara menantikan waktu berbuka. bukak kang jadik santapan lalat kang hehehe..selamat berbuka!!

Friday, August 5, 2011

adoiii takde api la pulok!!

aiyaaaaaaaaaa... tengah2 masak time kul 4.30 untuk menu berbuka tetiba tuppppp.... elektrik takde. adoii api tak de. dah la cuaca panas. hmmmm tunggu punya tunggu... jam 6 belum ada api laik. takleh jadi nieh. nak masak nasik payah la... jom kembali ke zaman batu la jawabnya.. masak nasik atas dapo.. nasib baik ok.. hehhe tak hangit. alhamdulillah. dptlah diriku dan mr hubby makan.

7.15 malam : nak berbuka tapi masih takde elektrik.. panas mr hubby dah bising.. hmm aku amik lilin spa (yg besar gajah tu) terus pasang. nak berbuka makan tak nampak kang tergigit cili lah, buah pelaga la terus selere hilang. takpelah. redha shj. ada org len lebih susah dr kita ye dak?

7.35 : api tiba2 ada. wahhhhhhh satu taman perumahan kedengaran jeritan kegembiraan. alhamdulillah.. ooo br nampak ada lagi onde-onde berbaki. heheheh (ngapppppppppp)

"Saya Nak Join Segmen Review dari Cahaya Azyla

Wednesday, August 3, 2011

bulan ramadhan

 hehehe puasa oh puasa. mcm2 ragam org berpuasa. hari pertama ramai yg excited.. bila dah masuk hari kedua je kedengaran muridku mulalah menjerit lapar la apa la... ada juga yg bermain dgn cicak dalam kelas. laaaaaaaaaaaaaaaa... ingat bulan ramadhan makin senyap makin aktif lak jadiknya.. adeyhh makan sahur apa la bebudak nieh. namun tugas sbg guru perlu dilaksanakan.. mana yg degil tu tetap akan kena 'test vocal' ku itu.. heheh hari ni juga adalah hari yg aku masih tidak berminat nak ke bazaar ramadhan. bukan apa... rasanya thn lepas byk duit dibazirkan ke sana. sekali pergi air shj dah dkt 10rm. belum masuk makanan buka lagi, lauk sahur lagi. dgn 30rm tu rasanya boleh beli lauk lain, masak (mmg penat sket) dan makan ngan MR HUbby. bulan posa ni juga aku excited nak masak mcm2.. namun untuk tontonan semua, terima jugalah gambar2 dr bazaar ramadhan heheheheh diambil dr desaliving.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...